PELAKON Fattah Amin menafikan dakwaan mengatakan dirinya semakin sombong selepas popular menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot.
Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila ada spekulasi yang mengatakan pelakon tinggi lampai ini kerap kali menolak tawaran sesi fotografi dan enggan bergambar secara berpasangan.
Bagaimanapun Fattah menjelaskan jadualnya kini sangat padat dan apa yang berlaku itu hanyalah salah faham.
"Dakwaan yang kata sombong itu saya tak boleh nak kata apa. Bagi saya sebagai artis tuduhan itu biasa.
"Kita tak boleh nak halang orang daripada berkata apa-apa tentang diri kita tak kiralah sama ada perkara negatif mahupun positif.
"Mengenai sesi fotografi itu apa yang boleh saya jelaskan ialah perkara yang berlaku ini hanyalah salah faham saja.
"Untuk pengetahuan semua, jadual saya sekarang ini sangat padat.
"Kadang-kadang ada beberapa permintaan yang terpaksa ditolak memandangkan slot yang diminta terkena pada hari yang tidak sesuai ataupun clash dengan event yang lain," katanya ketika ditemui Astro Gempak pada sesi 'Meet and Greet Suri Hati Mr. Pilot' bertempat di GSC Pavilion semalam.
Tambah Fattah lagi segala jadual berkenaan dengan kerja diuruskan oleh pihak pengurusannya.
"Saya ada pengurus, jadual saya memang dia yang uruskan dan bukan saya yang buat keputusan. Mustahil bagi saya untuk menolak segala tawaran yang diberikan dengan sesuka hati.
"Jadi saya rasa perkara yang berlaku ini semuanya hanyalah salah faham saja," katanya.
Dalam pada itu mengulas mengenai drama tersebut, Fattah memberitahu dia bersyukur kerana mendapat sambutan di luar jangkaan.
"Saya tak sangka drama ini mampu menjadi fenomena sehingga mana-mana saya pergi ramai yang panggil Ejaz.
"Terima kasih kepada penonton dan juga pengarah, Michael Ang kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk melakonkan watak Ejaz," ujarnya
**Drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot bersiaran di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123), setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.
Gempak
Tue Nov 01 2016
Fattah mengakui jadualnya semakin padat sejak drama Suri Hati Mr. Pilot semakin popular. - Foto Instagram Fattah Amin
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Sukar dapatkan sesi fotografi, Fattah Amin nafi jadi sombong
Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan mengatakan dirinya semakin sombong selepas popular menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot.